Teman
kiranya kau terluka kerana cinta
datanglah..
bersandarlah ke bahu ku
dan menangislah kau di riba ini
akan ku pujuk hati mu nan lara
biarpun tak berjaya
akan ku usahakan hingga tangis mu reda
akan ku cuba buat kau tertawa ria
kerana bagi ku
kau lebih cantik tanpa berwajah duka
Teman
tangis mu tangis ku
derita mu sebahagian dari duka ku
bahagia mu ibarat penawar untuk ku
biar kita masing2 belum cukup matang..
mengenali diri hati dan budi sendiri..
namun ku tahu
kau istimewa di mata dan hati ini..
Teman
Biar apa pun yang terjadi nanti
biarpun aku telah tiada di sisi lagi
untuk mendengar keluh resah mu
untuk memahami kelukaan kau alami..
untuk menyelami dalamnya cinta mu padanya
untuk menyatakan cantik atau tidaknya kamu
namun..aku tetap akan mendengarnya dari kejauhan
kerana aku dapat menyelami hati mu...
mendengar bisik resah di dada
dari mata hati ku..
Teman
mengenali mu...
adalah sesuatu yang terindah dalam hidup ku
~ozziey~
Posted at 04:13 pm by sarusirawana